Friday, February 11, 2011

Menjadi wanita Hebat


" Allah s.w.t tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku"
Bertuahnya menjadi Khadijah. Dialah isteri, dialah sahabat,dialah juga orang yang sentiasa berada di samping Rasullullah s.a.w dalam mengharungi pahit getir perjuangan. Dialah wanita yang menyelimuti Rasulullah s.a.w ketika mana Rasullullah s.a.w pulang ke rumah dengan keadaan takut selepas bertemu malaikat Jibril. Khadijah menenteramkan perasaan nabi dengan kasih sayangnya. Subhannallah......
Pemergiannya di tangisi nabi. Pemergiannya suatu kehilangan yang besar kepada diri nabi kerana dialah 'soul mate' Baginda. Walaupun Khadijah telah pergi, Rasullullah s.a.w tidak pernah melupakannya~
To all sisters, jadilah seperti Khadijah!!!!
Itulah seruan yang sangat berbekas di hati saya ketika menghadiri satu talk oleh Shaykh Tawfique Chawdhury. Penyampaian beliau memberi inspirasi kepada kaum hawa untuk menjadi " The greatest woman in the world".

Menjadi wanita terhebat

Wanita yang hebat bukanlah wanita yang hebat di mata masyarakat. Wanita yang hebat bukanlah wanita yang bekerjaya dan mempunyai kedudukan yang tinggi dan menjadi pemimpin masyarakat. Tetapi wanita yang hebat adalah mereka yang hebat di rumahnya. Menjadi isteri solehah kepada suaminya, menjadi ibu mithali kepada anak-anaknya.

Di sebalik ketokohan Imam Bukhari

Sewaktu kecil Al Imam Al Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim ‘Alaihissalaam yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang beliau maksud adalah ibu Al Imam Al Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putramu karena seringnya engkau berdoa”.

Ketika ditanya bilakah masanya Imam Bukhari paling banyak menghafal hadith, Beliau menjawab ketika mana beliau masih buta. Menimbulkan tanda tanya, bagaimana Imam Bukhari boleh menghafal hadith sedangkan beliau buta???

Di sinilah peranan besar seorang ibu. Diceritakan, ibunya setiap hari tanpa kenal erti jemu terus-terusan membacakan hadith-hadith untuk didengarinya. Subhanallah....inilah kasih-sayang seorang ibu.

Seorang wanita yang hebat adalah seorang ibu yang berjaya mendidik anaknya menjadi individu muslim yang bermanfaat kepada ummah. Menjadi permata-permata Islam yang sanggup berkorban segalanya untuk Islam.

Wanita penentu keberjayaan Baitul Muslim

Dear sisters, contohilah Khadijah sebagai seorang isteri. Menjadi seorang isteri yang sentiasa menyokong perjuangan suami untuk membangun ummah. Di kala suami bersedih hati, belailah dia dengan kasih-sayangmu dan pulihkanlah semangatnya. Janganlah sesekali engkau mengeluh ketika mana suamimu keluar rumah untuk menunaikan kerja-kerja dakwahnya. Relakan saja dan iringi pemergiannya dengan doa semoga suamimu tetap berada dalam lindungan Allah s.w.t dan andai ditakdirkan suamimu pergi, doakan semoga perginya sebagai syuhadah.
Suami bukan hak mutlak dirimu, suamimu adalah milik ummah!!!!

Dear sisters, didiklah anak-anakmu untuk menjadi individu yang berguna untuk ummah. Sesungguhnya kita mengimpikan generasi pemuda sehebat di zaman Rasullullah s.a.w dan para sahabat, seperti juga Sultan Muhammad Al-Fateh. Didik mereka untuk menjadi pejuang-pejuang Islam yang berada di baris hadapan.

Hatimu pasti bersedih, melihat anak-anakmu pergi meninggalkanmu ke medan perjuangan. Mengapa tidak, engkau yang telah membesarkannya dan segala kasih-sayang telah kau curahkan buatnya. Tetapi, wahai para ibu, rawatlah kesedihan mu itu kerana yakinlah bahawa segala apa yang telah engkau lakukan, segala perasaan yang telah engkau korbankan pasti beroleh ganjaran daripada Allah s.w.t

Dear sisters, lakukanlah demi Islam!!!

Terima kasih kepada Shaykh Tawfique Chawhury di atas talk yang memberi inspirasi kepada saya untuk menukilkan ayat-ayat di atas.