Friday, November 13, 2009

Antara CINTA dan CITA-CITA

Walaupun masih belum terdedah dengan pelbagai jenis bidang dalam Medic, saya rasa saya dah jatuh hati dengan tiga bidang ni: O&G, Surgery & A&E. Sebelum nie minat saya pada A&E (Accident & Emergency ) dan Surgery. Mungkin minat saya timbul dari menonton filem atau cerita bersiri yang meneceritakan ‘life’ bekerja Emergency Department. Ape yang saya suka dengan Surgery dan A&E; Cabaran & Kepantasan. Bercerita pasal O&G; sebelum nie saya tak berapa meminati bidang ni tapi Alhamdulilah pengalaman posting 1 bulan di HTAR merubah minat saya. O&G (all about women and pregnant mother) is very interesting. Saya tak pasti saya akan memilih bidang mana tapi satu yang pasti, ketiga-tiga bidang tersebut memerlukan komitmen kerja yang tinggi dan menuntut pengorbanan masa yang banyak. Saya tak kisah semua benda tu sebab itu adalah minat saya dan ape yang saya nak buat.

Tapi, ada satu benda yang mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir ni. Bagaimana nanti bila saya dah berkeluarga? Antara cita-cita dan keluarga, mana satu yang perlu saya dahulukan dan mana satu yang perlu saya korbankan?

Sebelum ni, saya dah membuat perancangan terhadap kerjaya saya. After graduation, housemanship utk 2 tahun. InsyaAllah after several years being Medical Officer, saya nak sambung belajar. Saya nak sangat sambung belajar kat oversea. Itu adalah impian saya. Saya sangat teruja setiap kali membaca ruangan ‘Salam Perantauan’ yang dipaparkan di Berita Harian menjelang hari raya. Kebanyakan mereka tidak dapat balik beraya dan terpaksa beraya ni negara orang. InsyaAllah, satu hari nanti, mungkin ucapan saya pula yang akan dipaparkan. This is what I had planned before. At that time, getting married was not in my mind.

Saya tidaklah merancang untuk berkeluarga dalam masa terdekat, I’m still young what! I’m only 21 years old, and only started my 3rd year in Medical School 4 months ago, another 3 years to go to complete the MBBS degree. That’s one of the reasons, but the most important, don’t have calon yet. Hahaha…
Tak perlu tergesa-gesa untuk mencari dan tak perlu risau kenapa masih belum berpunya sebab bukankah Allah s.w.t dah tentukan jodoh untuk kita sejak azali lagi?

Di luar sana pasti ada insan yang tercipta untuk kita
Mungkin ‘dia’ adalah teman-teman sekelas dahulu….
Mungkin ‘dia’ adalah teman-teman seperjuangan di kampus….
Mungkin ‘dia’ adalah dari kalangan saudara-mara kita sendiri…
Mungkin juga ‘dia’ adalah teman sekerja….
Dan tidak mustahil ‘dia’ adalah orang yang kita benci sebelum ni
Dan tidak mustahil ‘dia’ adalah orang yang kita rasa paling impossible untuk jadi suami kita..

Allah s.w.t telah menetapkan siapa jodoh saya. Saya masih tak tahu siapa, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi saya sentiasa berdoa agar dianugerahkan suami yang dapat membimbing diri ini menuju redha Ilahi.

Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Al-Baqarah :186


As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, peringkat pembinaan sebuah daulah Islamiyah bermula dari pembentukan individu muslim, Keluarga muslim, masyarakat muslim, Negara muslim dan InsyaAllah daulah Islamiyah.
Mengetahui kepentingan pembentukan sebuah keluarga muslim, tanggungjawab kita apabila dah berkeluarga sangat berat. Memilih karier doktor sebagai kerjaya, tanggunjawab kita kepada suami, amanah Allah untuk mendidik anak-anak dan tanggungjawab kita kepada masyarakat, semuanya perlu ditunaikan dan pastinya menuntut pengorbanan yang sangat tinggi.

Antara cita-cita dan cinta saya harap dapat mengimbangi kedua-duanya.