Saturday, December 17, 2011

Kepala serabut!!!!!



> Opthalmology
> Anaesthesiology
> ENT
> Emergency Medicine
> Primary Care Medicine
> Obstetric & Gynaecology
> Psychiatry
> Orthopaedic
> Paediatric
> Surgery
> Medicine


Di atas merupakan subjek-subjek yang perlu dipelajari untuk Final Exam MBBS Mac 2012. Wahh!!!!!!!
Banyaknya!!!!!!! Serabut kepala otak aku......


Tanpa sedar, aku dah jadi pelajar Perubatan tahun akhir. Mac 2012, adalah penentu kepada segala-galanya. Either aku LULUS dan dapat gelaran DR, atau terpaksa extend selama 6 bulan.

Subjek yang kene dipelajar bukan calang-calang. Boleh gila dibuatnya.Dalam masa 3 bulan yang singkat, segala-galanya harus dihadam!!!


Dalam kesempitan masa yang ada, Mood study aku pula tak menentu. Masih rasa malas, masih suka bersenang-senang. Apa kena dengan aku ni??????

Wake up Marni!!!!!! Masa sudah semakin suntuk.
Sudah 5 tahun belajar Medic, inilah masa yang ditunggu-tunggu.

Sunday, November 13, 2011


Alhamdulilah...baru selesai berprogram bersama adik-adik SRA Masjid Negara. It is a wonderful and memorable experiences since this is my first time handling a primary school as Facilitator.

Start missing them now :(



Gambar di atas merupakan salah satu gambar yang saya ambil ketika sesi LDK. Macam-macam gaya kan????



Setiap dari mereka sangat istimewa.

Fakhrul, orang yang paling matang dalam kumpulan.Bertindak sebagai ketua kumpulan, dia seorang yang sangat amanah dan bertanggungjawab. Dia juga dipilih sebagai peserta terbaik lelaki dalam kem ini. Tahniah~
Dengan berpegang kepada mottonya " saya umat Islam, pasti cemerlang", saya yakin dan percaya, dia pasti mampu mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang angkasawan. Kalaupun cita-citanya itu nanti berubah, tidak mengapa kerana apa yang penting saya ingin dia menjadi seorang mukmin yang berjaya tidak kiralah di bidang apa sekalipun!!!!

Umur mereka sebaya, tetapi Mukhri sangat berbeza dengan Fakhrul. Mukhri,agak hyperaktif orangnya tetapi punya akademik yang 'mantap'. Dia jenis yang cepat bosan. Saya tak pasti sejauh mana dia mendalami sesi LDK yang dijalankan, tapi saya pasti dia beroleh sesuatu. Saya sempat membaca isi hati yang dia nukulkan di atas kertas, dan saya sangat bersyukur dan sangat terharu kerana di akhir tulisannya, dia tulis " Saya sayang Allah, saya nak berubah, saya nak jadi orang Islam yang berjaya". InsyaAllah~

Sekarang cerita pasal Iqmal pula. Berhadapan dengan Iqmal, buat kepala jadi pening!!!! Sekarang baru saya faham, kenapa cikgu sekolah rendah selalu tinggi suara. Iqmal, orang yang tak pernah duduk diam setiap kali LDK. Boleh pula time LDK dia pergi main kapal terbang kertas. Penat jerit, tapi tak diendahkannya. Iqmal, di sebalik kenakalannya itu, dia seorang yang sangat menyayangi ibunya. Di setiap lukisannya, dia pasti akan menulis " I love you Mom".


Psikologi kanak-kanak sangat berbeza. Mereka adalah insan-insan yang sangat jujur dengan apa yang mereka rasa. Perhatikan setiap lukisan mereka, nilai dan fahami. Di sebalik lukisan itu, ada sesuatu yang mereka cuba sampaikan.

Kita perlu belajar dari meraka walaupun kita orang dewasa. Mereka ini, adalah insan yang tidak pernah berdendam, tidak punya perasaan hasad dalam diri, dan mereka adalah orang yang senang memaafkan. Hari ini mereka gaduh, tapi esok mereka boleh berkawan semula. Sebagai fasilitator, kadang-kadang saya memarahi, tapi beberapa saat selepas itu, mereka bergelak ketawa semula. Tidak berbuat muka, tidak pula menjauhkan diri.

Saya mula meminati 'dunia training' kanak-kanak. Terima kasih kepada Hazim, adik LDK saya. Hazim, seorang yang sangat pendiam dalam kumpulan. Dia selalu mengasingkan diri. Ketika sesi LDK terakhir, saya minta setiap mereka untuk menulis luahan rasa mereka kepada ibu ayah. Ahli-ahli lain semangat gila mengarang ayat, siap bertiarap atas lantai lagi tapi tidak bagi Hazim. Dia pergi mengasingkan diri dan saya terpaksa mencarinya.

Ada sesuatu yang dia pendamkan. Masa yang yang sangat singkat bersama tidak membenarkan saya untuk cuba memahaminya tetapi saya sangat bersyukur, dalam masa 30 minit terakhir sebelum sesi tamat, dia bercerita kepada saya. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan :)
Di usia yang sangat muda, dia sudah diuji dengan banyak perkara. Mudah-mudahan, adik Hazim tabah menempuhi segala yang dihadapi.


Adik-adik sayang, semoga kalian akan membesar menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan cemerlang. Tanamlah setinggi mana pun cita-cita kerana tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Semoga berjumpa lagi InsyaAllah ~

Ingat lagu tema kumpulan kita, Demi Matahari. "Allah mengilhamkan, sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

Pilihan untuk menjadi baik atau jahat terletak pada tangan kita sendiri!!!!!!

Wednesday, October 26, 2011

Buatlah sesuatu perkara itu atas dasar kefahaman, bukan sekadar ikut-ikutan.

Begitu juga apabila berdoa, fahamilah akan makna sebenar doa yang kita lafazkan.
Sudah menjadi kebiasaan, apabila selesai sahaja solat berjemaah, Imam akan membacakan doa dan makmum akan turut serta. Kadang2 kita ini, tak faham pun apa yg kita doakan itu tapi sebab dah jadi kebiasaan, kita pun aminkan sahaja. This is totally WRONG!!!!

Doa adalah adalah luahan rasa kita kepada Pencipta. Dalam doa, kita mohon apa yg kita hajatkan, dalam doa kita minta perlindungan, dalam doa kita cerita masalah, dalam doa kita minta kekuatan. Doa adalah apa yg kita ingin katakan kepada Pencipa.
If that's the case, WHY not kita doa sorang2 je after solat jemaah.

Satu lagi yg salahnya kita, kita ingat doa mesti dalam bahasa Arab. NO!!! What's the point bila doa bahasa Arab tapi tak tau makna????

Doalah dalam bahasa apa sekalipun, kerana Allah Maha Mengetahui akan setiap yang kita lafazkan :)


~ Be a better MUslim~



Thursday, May 26, 2011

Persahabatan~

Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya, " Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah s.w.t. menurunkan ketenangan kepadanya Muhammad dan membantu dengan bala tentera (malaikat-malaikat) yang tidak terlihat oleh mu, dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

(At-Taubah:40)

Kisah Rasulullah s.a.w bersama sahabatnya, Saidina Abu Bakar di abadikan dalam Al-Quran.

Salam sejahtera ke atas mu wahai sahabat nabi, sahabat sejati nabi.

Sahabat yang sanggup berkorban jiwa dan harta untuk sahabatnya.

Ketika mana Beliau bersama Rasullullah s.a.w sepanjang perjalanan hijrah, beliau tidak risau akan keselamatan dirinya, tetapi lebih peduli akan keselamatan sahabatnya. Sekejap-sekejap, dia berjalan di belakang Rasullullah, sekejap-sekejap berada di hadapan Rasulullah, kadang-kadang di sebelah kiri nabi dan terkadang juga di sebelah kanan nabi. Tidak tentu hala, sampai nabi menegurnya.

Abu Bakar, orang yang paling rapat dengan nabi. Orang yang sentiasa berada di sisi nabi sehinggalah kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. Dia setia di samping nabi dalam mengharungi segala cabaran sepanjang penyebaran Islam.

Rasulullah s.a.w ada Saidina Abu bakar sebagai sahabatnya~

Kita ada siapa???

Sahabat yang benar-benar sahabat~

Nilai sebuah persahabatan

Dalam hidup ini, Allah sentiasa menghadirkan insan-insan yang istimewa buat kita, insan yang bernama sahabat.

Begitu juga dengan diri ini, Allah menghadirkan ramai insan-insan istimewa dalam hidupku.

Ketika di matrikulasi, Allah menemukan aku dengan seorang teman yang istimewa. Istimewanya dia kerana dia begitu mengenaliku. Begitu mengenali keluargaku. Begitu maklum dengan segala masalahku. Dengan karakterku yang begitu susah untuk berkongsi masalah, Allah hadirkan dia untukku. Allah tahu, aku tidak mampu untuk menghadapinya sendiri, tidak mampu juga untuk memendam segala rasa yang ada. Allah hadirkan dia. Mengenalinya, Allah mengajar aku makna sebuah persahabatan.

Dia jauh denganku, dan betapa kasihnya Allah padaku, Allah hadirkan lagi beberapa insan istimewa dalam hidupku yang dekat denganku.


Abu Bakar sahabat yang sangat mulia, menjadi sahabat kepada orang yang sangat mulia.

Masih wujudkah sahabat sepertinya????

Mungkin ada, mungkin juga tiada tapi berusahalah untuk menjadi sahabat sepertinya.

Jadilah sahabat yang benar-benar sahabat kepada sahabat kita.

Sering diungkapkan, sahabat itu orang yang sentiasa ada bersama kita di kala senang dan susah. Namun bagiku, aku cukup gembira untuk berkongsi kegembiraan bersama namun aku lagi bahagia andai aku menjadi tempat buatnya berkongsi segala duka kerana ketika gembira, pasti ramai yang ingin bersamanya namun ketika susah, ramai yang akan mengundur diri, membiarkannya sendiri dan ketika itu, kita sebagai sahabat yang mungkin dilupa olehnya ketika senang hadir untuk menghulur bantuan. Itulah nilai sebuah persahabatn yang dapat aku berikan~


Saturday, May 21, 2011

Feeling sad~

I lost my notes~

My Orthopaedic notes~

Hopefully can find it back~


Realy2 need it!!!!

My exam is coming!!!

I wrote the notes during lectures/ round. So much information within.


Ya Allah, help me to find it back~

Please~


(Now I realised that writing is a kind of therapy for me)

~When no body around you, just write what you feel, insyaAllah you feel better~

Tuesday, May 17, 2011

Erti kebebasan

Ingin BEBAS seperti helang yang terbang bebas di awan~

BEBAS dari belenggu fikiran yang mencengkam~

BEBAS dari pengaruh luar~

BEBAS dalam membuat keputusan~

BEBAS dalam bersuara~

BEBAS dari belengu hawa nafsu & syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan~

BEBAS dalam berfikir~

Ingin BEBAS dari segalanya, hanya ingin menjadi diri sendiri dan bertindak dengan kepercayaan diri sendiri~

Hanya kepada Allah tempat sandaran!!!





Saturday, April 16, 2011

Aku ingin pulang dengan jiwa kental seorang dai'e!!!





Terlalu pantas masa berlalu~

Sekarang aku sudah di tahun akhir pengajian, InsyaAllah, jika di-izinkan Allah,aku akan bergraduasi pada 2012, dan ketika itu, aku sudah bergelar Dr. Jumarni Bt Abdurachman.

Ya Allah, semoga Engkau mengizinkan aku untuk tiba ke saat itu. Terlalu besar harapan kedua ibu bapaku, dan lebih besar lagi harapan ummat ku.

Aku berjanji pada diri sendiri, aku tidak akan hanya pulang dengan segulung ijazah yang membawa gelaran Dr, tetapi aku berjanji akan pulang dengan jiwa yang kental sebagai seorang dai'e.

UM pastinya akan meninggalkan memori yang sangat indah buatku kerana di sinilah, aku mengenal siapa diriku dan apa tujuan hidupku. Aku menjejakkan kaki ke UM sebagai orang yang biasa-biasa, baru mengenal apa itu usrah, baru mengenal apa itu tarbiyah.
Terima kasih Ya Allah kerana memilih aku, kerana bila aku teliti kembali perjalanan hidupku sebelum ini, sesungguhnya aku sangat tidak layak untuk bersama dalam saff barisan untuk memperjuangkan agamamu.

Semoga Engkau akan terus memilih hamba-MU yang kerdil ini untuk terus istiqamah dalam perjuangan kerana aku insaf, TANPA ISLAM dan PERJUANGAN, aku tiada apa-apa yang boleh dipersembahkan kepada-MU di akhirat nanti.





Aku ingin pulang dengan jiwa kental seorang dai'e!!!!

Setelah 5 tahun meninggalkan negeri sendiri, sudah menjadi TANGGUNGJAWAB aku untuk kembali berkhidmat di negeri sendiri.

Ketika di Tahun 3 dahulu, aku sudah menetapkan jalan yang ingin aku pilih. Perancangan untuk 10 tahun akan datang sudah aku catatkan dalam sekeping kertas ' Life Pathway'. Bila aku semak kembali apa yang telah dicatatkan, InsyaAllah perancangan itu akan diteruskan tetapi ada beberapa perkara yang perlu pertimbangan semula.

Hati ini telah nekad untuk balik berkhidmat di Sabah!!!
Mungkin pada pandangan orang, menjadi pilihan biasa untuk balik ke negeri sendiri, dekat dengan family dan sebagainya. Tetapi, tidak bagi aku. Banyak pertimbangan yang aku buat sebelum membuat keputusan.

Apa pertimbangannya???

Kadang-kadang aku berasa takut, mampukah aku seorang ini tanpa teman-teman seperjuangan di kampus? Kalau aku jatuh, kena bangun sendiri. Kalau aku kecewa, kena rawat luka sendiri. Segalanya di tangan aku, kalau aku berada di sini at least ada teman-teman yang boleh menaikkan semangat ini kembali, ada teman yang setia untuk ke program bersama, ada teman untuk berkongsi fikiran.

Dan melihat juga kepada situasi, negeriku jauh berbeza dengan semenanjung. Di sini, medium dakwah terbuka luas. Medium untuk memahami Islam juga terbuka luas. Setiap saat ada sahaja progam@ talk yang dianjurkan. Usrah juga bukan sesuatu yang asing. Setiap hari, setiap minggu, aku berpeluang untuk top-up diri.
Tetapi, bila aku kembali ke negeri sendiri, semua ini tidak ada lagi. Aku betul-betul kena ber'diri' sendiri. Mampukah aku??

Bila memikirkan kembali pertimbangan-pertimbangan di atas, pernah terdetik di hati bahawa aku ingin kekal di sini, supaya diri ini ter'jaga'. Tetapi aku tidak boleh mementingkan diri sendiri!!!

Sabah sangat menuntut kepulangan pelajar-pelajarnya untuk kembali berkhidmat di negeri sendiri. Semoga dengan ilmu yang dibawa, Sabah mampu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik!!!

Semoga sinar Islam akan menyinari negeri Sabah :)


InsyaAllah~

Aku ingin menjadi manusia biasa-biasa yang punya agenda luar biasa!!!



p/s: post kali ini lebih kepada peringatan buat diri ini yang pada ketika ini begitu berkobar-kobar semangatnya. Aku ingin menjadikannya sebuah catatan supaya andai ketika diri ini rebah dan berasa putus-asa, catatan ini mampu mengingatkan aku kembali bahawa aku punya agenda!!!

Sunday, April 3, 2011

Cinta & perkahwinan




Berbicara pasal cinta~
Apa yang ingin dibicarakan???
Hahaha....entah, tiba2 terdetik untuk menulis mengenainya

Cinta & Perkahwinan

Alhamdulilah, dalam beberapa bulan kebelangan ini, ramai betul kawan yang kahwin & paling latest perkahwinan junior saya, berkahwin ketika masih lagi menuntut di Tahun 2. Perkahwinannya mencetuskan 'revolusi'!!!!

Kelebihan berkahwin ketika belajar; ramai rakan satu Batch yang akan datang menghadiri majlis :)

" wah, seronoknya kahwin"
"Nak kahwin juga la lepas nie"
"harap-harap aku pula la yang kahwin lepas nie"

Di atas merupakan antara dialog-dialog yang saya dengar ketika menghadiri majlis kahwin baru-baru ini. Hahaha.....tergelak sendiri, dalam hati " hai budak-budak nie, excited gila".

Hmm.....bagi mereka-mereka yang sudah ada pasangan, mulalah bermimipi di siang hari.Tersengih-sengih sendiri, mencipta dunia sendiri, membiarkan angan-angan menguasai diri, membayangkan dia dan pasangan dalam majlis kahwin mereka nanti :)

Tujuan perkahwinan

Kenapa perlu berkahwin???

Bagi mereka-mereka yang sedang 'hangat' bercinta, soalan ini sangat mudah buat mereka. Pastinya, akan menjawab "kerana ingin bersama dengan orang yang dicintai dalam satu ikatan yang sah" atau mungkin juga "kerana ingin menikmati cinta"

Seandainya 'CINTA' menjadi sebab utama perkahwinan, kenapa ramai orang yang dahulunya bercinta akhirnya tewas juga dalam bahtera rumah tangga???
Bercinta hampir 10 tahun, tetapi perkahwinan hanya bertahan 2 tahun!!!
Kenapa???

Salahkah bercinta?

Soalan yang tak perlu untuk dijawab kerana kalau dikatakan salah, tetap juga ada yang akan membenarkannya. Kalau dikatakan tidak salah, pasti akan mengundang padah.

Daripada membicarakan topik 'salahkah bercinta' lebih baik sekiranya kita menjawab persoalan "Kenapa perlu bercinta" atau "Kenapa hendak bercinta"

Kenapa perlu bercinta???
Kenapa hendak bercinta???

Wednesday, March 23, 2011

I'm so proud of you Adik!

Hari nie result SPM keluar. Dalam pukul 11 pg tadi kol Adik tya result, tapi tak keluar lagi. So, pesan kat adik, bla dah kuar result, mesej kakak.

Tengah2 dalam kelas, adik mesej:
" Kak, result dah keluar, teruk~ :( "

Adik tgh sedih....

Abis kelas terus kol adik, result mcm mn?
Dapat 7A, 3B
Subjek core like Fizik, Kimia & Bio dapat B.

For me, his result is OK, but not for him because he expected more. He deserve to expect more because he is a very hardworking person.

Adik tengah sedih, saya pun turut sedih. Sedih sebab tiada di sisi adik.

Bila balik rumah, mak terus tanya adik. Mak kecewa dengan result adik. Erm, mak bila marah, mulalah nak blaming. Salahkan adik sebab aktif sangat dengan nasyid, join program dan macam2 lagi.

Kesedihan adik bertambah....

Segalanya di luahkan kepada saya. He said " kak, tolong pujuk & explain kepada mak, adik sudah buat yang terbaik, tapi mak tak hargai pun usaha adik".

Kasihan adik~

Tak boleh salahkan mak, sebab mak memang macam tue orgnya. Sangat menekankan soal akademik. Mak dari keluarga susah, kami juga mebesar dalam keadaan yang susah. Mak & ayah bekerja keras untuk memberikan pendidikan kepada kami. Mak inginkan anak-anaknya berjaya, supaya akhirnya tidak susah macam mak.

Betul la cara mak fikir, cuma terkadang mak terlepas pandang perasaan adik.
Bukan adik tidak berusaha, walhal adik telah berusaha lebih dari yang lain.
Adik cuma perlukan sedikit penghargaan~

Pesanan wat Adik kakak,
Alhamdulilah, Allah s.w.t telah mengurniakan apa yang terbaik buat adik. Bersedihlah untuk hari ini, tapi hanya untuk hari ini. Hari esok perlu bermula dengan semangat yang baru. Adik telah berusaha, namun Allah juga penentu segalanya. Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat adik. Perjalanan selepas ini masih panjang, peluang adik untuk mengejar cita-cita adik masih terbuka luas.

Jikalau adik rebah, ingatlah bahawa kakak sentiasa ada untuk memimpin tangan adik kembali.
Jikalau adik sedih, ingatlah bahawa kakak sentiasa ada untuk mendengar segalanya.

Perjalanan hidup adik masih panjang, dalam mengharungi jalan hidup itu, ingatlah bahawa kakak akan sentiasa ada di sisi.

Harapan buat adik-adik ku
Tiada apa yang ku harapkan melainkan dapat melihat kalian manjadi pemuda-pemuda sehebat pemuda di zaman Rasulullah s.a.w, berkorban segalanya untuk Islam yang tercinta!

Friday, February 11, 2011

Menjadi wanita Hebat


" Allah s.w.t tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku"
Bertuahnya menjadi Khadijah. Dialah isteri, dialah sahabat,dialah juga orang yang sentiasa berada di samping Rasullullah s.a.w dalam mengharungi pahit getir perjuangan. Dialah wanita yang menyelimuti Rasulullah s.a.w ketika mana Rasullullah s.a.w pulang ke rumah dengan keadaan takut selepas bertemu malaikat Jibril. Khadijah menenteramkan perasaan nabi dengan kasih sayangnya. Subhannallah......
Pemergiannya di tangisi nabi. Pemergiannya suatu kehilangan yang besar kepada diri nabi kerana dialah 'soul mate' Baginda. Walaupun Khadijah telah pergi, Rasullullah s.a.w tidak pernah melupakannya~
To all sisters, jadilah seperti Khadijah!!!!
Itulah seruan yang sangat berbekas di hati saya ketika menghadiri satu talk oleh Shaykh Tawfique Chawdhury. Penyampaian beliau memberi inspirasi kepada kaum hawa untuk menjadi " The greatest woman in the world".

Menjadi wanita terhebat

Wanita yang hebat bukanlah wanita yang hebat di mata masyarakat. Wanita yang hebat bukanlah wanita yang bekerjaya dan mempunyai kedudukan yang tinggi dan menjadi pemimpin masyarakat. Tetapi wanita yang hebat adalah mereka yang hebat di rumahnya. Menjadi isteri solehah kepada suaminya, menjadi ibu mithali kepada anak-anaknya.

Di sebalik ketokohan Imam Bukhari

Sewaktu kecil Al Imam Al Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim ‘Alaihissalaam yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang beliau maksud adalah ibu Al Imam Al Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putramu karena seringnya engkau berdoa”.

Ketika ditanya bilakah masanya Imam Bukhari paling banyak menghafal hadith, Beliau menjawab ketika mana beliau masih buta. Menimbulkan tanda tanya, bagaimana Imam Bukhari boleh menghafal hadith sedangkan beliau buta???

Di sinilah peranan besar seorang ibu. Diceritakan, ibunya setiap hari tanpa kenal erti jemu terus-terusan membacakan hadith-hadith untuk didengarinya. Subhanallah....inilah kasih-sayang seorang ibu.

Seorang wanita yang hebat adalah seorang ibu yang berjaya mendidik anaknya menjadi individu muslim yang bermanfaat kepada ummah. Menjadi permata-permata Islam yang sanggup berkorban segalanya untuk Islam.

Wanita penentu keberjayaan Baitul Muslim

Dear sisters, contohilah Khadijah sebagai seorang isteri. Menjadi seorang isteri yang sentiasa menyokong perjuangan suami untuk membangun ummah. Di kala suami bersedih hati, belailah dia dengan kasih-sayangmu dan pulihkanlah semangatnya. Janganlah sesekali engkau mengeluh ketika mana suamimu keluar rumah untuk menunaikan kerja-kerja dakwahnya. Relakan saja dan iringi pemergiannya dengan doa semoga suamimu tetap berada dalam lindungan Allah s.w.t dan andai ditakdirkan suamimu pergi, doakan semoga perginya sebagai syuhadah.
Suami bukan hak mutlak dirimu, suamimu adalah milik ummah!!!!

Dear sisters, didiklah anak-anakmu untuk menjadi individu yang berguna untuk ummah. Sesungguhnya kita mengimpikan generasi pemuda sehebat di zaman Rasullullah s.a.w dan para sahabat, seperti juga Sultan Muhammad Al-Fateh. Didik mereka untuk menjadi pejuang-pejuang Islam yang berada di baris hadapan.

Hatimu pasti bersedih, melihat anak-anakmu pergi meninggalkanmu ke medan perjuangan. Mengapa tidak, engkau yang telah membesarkannya dan segala kasih-sayang telah kau curahkan buatnya. Tetapi, wahai para ibu, rawatlah kesedihan mu itu kerana yakinlah bahawa segala apa yang telah engkau lakukan, segala perasaan yang telah engkau korbankan pasti beroleh ganjaran daripada Allah s.w.t

Dear sisters, lakukanlah demi Islam!!!

Terima kasih kepada Shaykh Tawfique Chawhury di atas talk yang memberi inspirasi kepada saya untuk menukilkan ayat-ayat di atas.