Saturday, February 20, 2010

Merealisasikan Hospital Islam


Alhamdulilah, setelah hampir 6 bulan berada di tahun klinikal, saya dah mula sebati dan rasa seronok dgn life di sini.Kami Pelajar Tahun 3 Fakulti Perubatan UM dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk satu tahun bagi pendedahan awal fasa klinikal. Masa sangat cepat berlalu, baru sahaja rasanya kami semua sibuk mengemas dan mengangkut barang2 waktu pindah ke sini, sedar tak sedar, sudah 6 bulan saya menimba ilmu di sini. Ilmu yg terlalu banyak, bermula dari ward round bersama pensyrah, mendengar presentation kwn2, presentation long case dan short case. Tidak lupa juga kepada patient2 yg pernah saya clerk dan examine, mereka semua banyak memberi pengajaran kepada saya. Seorang patient China Muslim, saya rasa dia seorang muallaf. Saya berjumpa dengannya sehari sebelum saya exam short case posting Medicine. Saya practice examine lower limb memandangkan dia ada semua signs upper motor neurone lesion. Wajahnya sangat tenang. Walaupun ramai student yang dah practice kat dia, dia still bagi kebenaran kat saya. Di akhir examination, saya sempat berbual2 dgn dia sekejap.. Dia sempat member kata2 semangat kepada saya,

“ kita orang Islam mesti jadi yg terbaik!!!!”.

Kata2nya sangat bermakna, dan kata2 itulah yang saya pegang untuk menghadapi exam keesokan harinya.

Setiap apa yg Allah jadikan pasti ada tujuan…
Dan aku tidak diciptakan untuk menjadi insan yang biasa-biasa…..
Ada amanah yang perlu aku langsaikan sebagai seorang pelajar Perubatan dan Pengamal Perubatan InsyaAllah…
Jika sahabat2 yg lain berjuang di medan politik sebagai satu wadah untuk membina daulah….
Saya akan turut berjuang di medan saya!!!!


Kebelakangan ini, usrah kami rancak membincangkan tentang ‘Hospital Islam. Apabila bercakap tentang ‘Hospital Islam’ apa yang terlintas di fikiran kita????
Saya tidak pasti sejauh mana ‘Hospital Islam’ yang sepatutnya, tetapi apabila bercakap tentang komponen Hospital ,it consists all the following:

Hospital Framework:
  • Structure
  • People
  • Work Process
  • Technology

Semestinya, apabila hendak mengimplemenkan konsep ‘ Hospital Islam’, kesemua komponen2 di atas perlu di’Islamkan’. Bermula dari struktur, samada struktur dari aspek fizikal atau yang bersifat pengurusan . Ini termasuklah organisasi, pengurusan kewangan dan perancangan pembangunan hospital.
‘Hospital Islam’ memerlukan staf2 yang dedikasi dan amanah dengan kerjanya. Kita memerlukan golongan doktor yang sentiasa memberikan rawatan terbaik kepada pesakitnya, bersifat telus dan sentiasa khlas menjalankan kewajipannya. Kita juga memerlukan golongan jururawat yang sentiasa membantu pesakit yang kesusahan. Bukanlah bermakna ‘Hospital Islam’ semua kakitangannya Islam, tetapi apa yang lebih penting adalah keikhlasan dalam melakukan kerja.
Secara jujurnya, di Malaysia, tiada satu pun government hospital yang boleh kita banggakan sebagai ‘Hospital Islam’. Mungkin ada certain hospital yang menyediakan surau di setiap tingkat untuk kemudahan pesakit dan pelawat, tapi cukupkah sekadar itu?
Yang ada sekarang hanyalah hospital2 private, contonhya: Hospital Az-Zahra, Hospital An-Nur dan Gombak Medical Centre. Mungkin hospital2 Islam private akan bertambah lagi tapi hanya segelintir sahaja yang dapat menikmatinya, iaitu golongan yang berkemampuan. Bagaimana pula dengan mereka2 yang tidak mampu?


Jawapannya mudah…..
Kita perlu ‘mengislamkam ‘ Hospital-hospital kerajaan.Satu cita-cita yang besar tetapi tidak mustahil andai kita bermula sekarang. Bermula saat ini, kita perlu menyebarluaskan idea ‘Hospital Islam’ kepada semua. Our main target now, pelajar-pelar perubatan. Kita berharap, apabila mereka graduate nanti, mereka pula yang membawa idea ini ke tempat masing2.
Pada peringkat sekarang, perbincangan kita mengenai “Hospital Islam” hanya berlegar2 di sekitar usrah tetapi insyaAllah, kita cuba sebarkan kepada kawan2sekeliling kita and futher step, kita akan gunakan platform persatuan untuk kita bergerak lebih laju. This is what we call “circle of influence”.