Monday, September 28, 2009

perubahan yang terlalu..

Alhamdulilah, cuti raya seminggu nie saya berpeluang untuk meraikannya bersama kelurga di Sabah dan selepas setahun tak balik kg, begitu banyak perubahan yang berlaku….terlalu banyak!!!!
Tak perlu bercerita tentang pembangunan di kampung sebab saya tak begitu berminat TAPI ape yg lebih menarik perhatian dan sangat merisaukan adalah perubahan yang begitu mendadak pada golongan pemuda dan pemudinya.
Anak jiran saya, kali terakhir saya melihatnya setahun lalu, dia masih sangat muda, budaknya begitu naïf dan berperwatakan ‘budak baik’. Ketika tu dia masih bersekolah lagi dan boleh dikatakan agak rajin walaupun tak begitu cemerlang dalam akademik. SANGAT MENGEJUTKAN!!! Apabila saya melihatnya baru2 nie, dia terlalu banyak berubah.Faktor utama, dia dah akil baligh dan sudan tentu banyak perubahan fizikal yang berlaku sehinggakan saya tak mengenali dia pada awalnya, itu adalah normal TAPI ape yang memeranjatkan…sikap dan perwatakannya tak seperti dulu lagi.Penampilannya berubah, telinga dah bertindik dan memakai anting-anting, bergaul dengan budak-budak lepak, dan dia juga telah mula berjunak-jinak dengan rokok. Waktu-waktu petang, dia dan kawan-kawan lepak kat depan rumah sambil main gitar dan berlarutan hinnga ke tengah malam. Waktu maghrib pun masih lepak lagi.Bila solatnya????
Lagi merisaukan, saya dapat tahu dari adik yang dia dah berhenti sekolah. Ape masa depan dia???
Di sekolah setidak-tidaknya dia beroleh mendapat pendidikan agama dari guru-guru, walaupun tak mencukupi tapi at least boleh membimbing dia, di usia remaja yang sangat mencabar, dia sangat perlu bimbingan dan sokongan. Harapan saya, bila di sekolah, ada guru yang boleh meyelami hati dan perasaan dia. Di sekolah juga, melalui silibus pendidikan agama islam, walaupun tak cukup tapi at least dia belajar sesuatu dan moleknya bila Ustaz/Ustazah yang mengajar boleh membawa muridnya2 untuk lebih mengenal Allah. Mungkin dia tak begitu berminat, tapi dia perlu mengikutinya kerana kelas pendidikan islam adalah wajib.Walaupun pada asalnya terpaksa tapi InsyaAllah, pintu hati akan terbuka berkat rahmat dari-Nya.
Termenung sejenak……
Kat Kg. saya, golongan pemuda2 tak minat pergi ke masjid, AJK masjid pun jarang nak buat program.Ceramah agama jarang-jarang dibuat, kalau ada hanya golongan tua-tua yang memenuhi barisan.Golongan pemudanya lebig gemar lepak bersama kawan-kawan sambil main gitar hingga larut malam, azan yang berkumandang tak dihiraukan. Ini bukanlah fenomena luar biasa, dah biasa tapi golongan pemuda yang terlibat makin bertambah. Lagi merisaukan, ramai di kalangan pemuda-pemuda ini yang telah terjebak dengan dadah, ganja, syahbu dan sebagainya.


Ape yang saya boleh lakukan????

Ape yang saya bolen sumbangkan untuk memulihkan semua keadaan yang semakin parah ini???

Golongan pemuda perlu diselamatkan!!!! Kita mengharapkan golongan pemuda yang kental jiwanya untuk membela Islam, sumbangan dan kudrat mereka sangat diperlukan untuk membina kembali daulah Islamiyah!!!
Jangan biar golongan pemuda terus hanyut denagn dunia hanyalan yang sementara.
Kita punya tanggungjawab yang sangat besar.Tak kira apa sahaja bidang yang kita pelajari di universiti, apabila tamat pengajian nanti dan kembali ke kampung masing2, sedarlah bahawa kita ada satu tanggungjawab yang sangat besar kepada masyarakat.


PERINGATAN

Ertinya:Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan.
Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari Muslim