Thursday, July 1, 2010

You just have to believe


Baru sahaja rasanya sibuk2 angkut barang nak pindah Klang, then tanpa sedar sudah hampir setahun berada di sini.Semua posting telah dilalui, tinggal satu posting last yang akan tamat minggu depan & selepas itu, sepenuh masa dan tumpuan akan digunakan untuk persiapan menghadapi Final Exam 3A pada 26/07 nanti.

Sekarang pun semua dah mulakan langkah ke arah persiapan itu. Ada yang stay cool lenggang kankung, ada yang consistent dengan tahap kelajuan yang sederhana & tidak kurang juga yang sudah memulakan pecutan. Terpulang kepada masing-masing utk memilih level speed yang mana kerana hanya kita yang tahu level kekuatan kita di mana.

Sewaktu zaman2 sekolah & matrikulasi, masa sebulan sebelum menghadapi exam dirasakan masih terlalu lama, if buat persiapan last minute pun still boleh score. Menjadi budaya di kalangan kita untuk baca last minute, esok paper exam, malam tue baru baca.Haha….

Tapi tidak lagi ketika bergelar Pelajar Perubatan. Akademik menuntut pengorbanan masa yang tinggi. Tak boleh lagi baca last minute, tak boleh lagi sambil lewa. Masa yang tinggal sebulan ini pun sudah sangat singkat sebenarnya.

Ramai juga yang sudah menunjukkan tanda-tanda stress. Apa taknya, kena cover 3 major posting (surgery, medicine & Paeds) 2 minor posting (PCM & O&G) dan subjek-subjek lain termasuk SPM (Social Preventive Medicine), PPD dan Forensic. Namun ingin saya berpesan kepada diri saya dan juga shbt2 seperjuangan, di kala kita merasa terlalu tertekan, jangan pernah rasa putus –asa kerana ‘Allah is always by our side”.

Di kala menghadapi tekanan yang memuncak, boleh baca & dalami surah Al-Insyira, InsyaAllah akan beroleh ketenangan.

“ Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammmad), dan kami telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu, Maka sesungguhnya bersama keslitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Maka apabila engkau telah selesai dari suatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya Tuhanmulah engkau berharap


Membina kepercayaan diri

Teringat satu lagu yang sering menjadi lagu tema program-program motivasi semasa kat sekolah dulu;

Jika kau fikirkan kau boleh,

Kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan ragu-ragu,

Usahamu tidak menentu,

Percaya apa kau lakukan,

Tabah apa kau usahakan,

Bertindak atas kemampuan,

KAU BOLEH!!!