Monday, May 31, 2010

Tiba saatnya dijemput pulang

Malam ini, Kak Anis berkongsi cerita yang sangat memilukan berkaitan dengan jirannya, Firdaus yang baru sahaja meninggal dunia semalam disebabkan oleh kemalangan jalanraya. Umurnya masih muda, baru berusia 18 tahun dan kemalangan tersebut bukan di lebuh raya or jalan-jalan besar, tapi di sekitar kawasan perumahan. Menurutnya, Firdaus membonceng seorang rakan dan rakannya itu mati di tempat kejadian. Firdaus pula mengalami kecederaan serius. Beliau dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, tapi takdir telah menentukan segalanya. Firdaus menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar pukul 9.30 malam. Ibunya seakan lebih tabah berbanding sang ayah yang menangis kehibaan dan seakan tidak percaya dengan pemergian anaknya. Sang ayah mungkin yang lebih rapat dengan Firdaus, mana tidaknya, minat mereka sama, sering pergi memnacing bersama. Mereka juga sering ke surau bersama. Kehilangan Firdaus yang merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga begitu memberi kesan terhadap ayahnya. Si Ibu mungkin nampak lebih tabah namun pada zahirnya, saya pasti si ibu juga menangis kehibaan, tiada air yang mata bercucuran, tapi pasti hati si ibu lagi kuat rintihannya.


Fikiranku melayang terkenangkan abang yang turut menunggang motosikal. Hati menjadi risau mengenangkan keselamatannya. Dia bukan tidak pernah accident, sudah berkali-kali dan yang terbaru, abang masuk longkang dengan motosikalnya untuk mengelak dari kena langgar dengan kereta. Alhamdulilah, tak cedera parah….abang minta perkara ini dirahsiakan dari mak, bukan apa, kalau mak tahu, mesti abang tak dibenar bawa motor lagi!!!


Hati bertambah gundah mengenangkan ayah di rumah. Baru-baru ini juga, ayah terlibat dengan kemalangan. Teksi yang dibawa merempuh pagar demi mengelak pertembungan dengan kereta lain. Alhamdulilah, ayah tak cedera apa-apa….


Ajal maut di tangan Allah s.w.t. Semuanya telah tertulis, saat dan ketikanya tidak mungkin boleh dianjak walau sesaat. Kematian itu sesuatu yang pasti dan kita semua akan merasainya. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa supaya kita mati dengan cara yang terhormat, mati dalam pengakhiranyang baik. Pengakhiran yang baik InsyaAllah menjamin kehidupan yang baik di akhirat nanti.


Alhamdulilah, ayah, mak, abang, kakak, dengan adik-adik sihat walafiat sekarang.


Alhamdulilah….


Mereka semua adalah orang-orang kesayangan saya, Allah s.w.t masih memanjangkan umur mereka sebagai pinjaman kepada saya untuk mendapatkan cinta dan kasih-sayang. Andai Allah s.w.t menjemput mereka pergi, saya redha sebagai hamba, namun jauh di sudut hati ini, saya mengharapkan mereka semua untuk terus berada di sisi saya sehinggalah saya yang terlebih dahulu menghadapa tuhan Sang Pencipta. Ya Allah, izinkan saya untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa saya, saya ingin menjadi kebanggaan mereka.


Semua manusia akan merasai mati, jadi kenapa harus takut pada kematian?


Tidak perlu takut untuk menghadapi kematian, namun bersediakah kita untuk menghadapinya?


Firdaus dijemput oleh penciptaNya seawal usia 18 tahun. Kita?


Andai kata kita dijemput Allah s.w.t tika dan saat ini, bersediakah kita? Bagaimana dengan amalan yang hendak dibawa sebagai bekalan? Cukupkah bekalan kita untuk mengharungi hari-hari yang tak ada noktah dan penghujungnya di akhirat nanti?


Selamatkah kita di alam kubur nanti? Mampukah kita menikmati ketenangan yang dijanjikan Allah s.w.t di alam kubur sebelum kita semua dibangkitkan kembali untuk dihitung amalannya.


Layakkah kita dengan amalan yang biasa-biasa ini untuk menempah tempat di syurgaNya?


Berbahagialah para sahabat Rasulullah s.a.w, para syuhada dan mereka-mereka yang mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam. Mereka telah mengharungi ujian di dunia dengan jayanya hingga akhirnya mereka telah meraih kemengan yang nyata.


Aku juga ingin menjadi seperti mereka.


Ya Allah, pilihlah aku untuk terus menjadi kuli-kuli Mu, matikan aku Ya Allah dengan pengakhiran yang baik agar akhirnya nanti aku tidak malu untuk menghadap Mu.


Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus. Jalan yang membawa aku untuk meraih cinta dan redhaMu. Izinkan aku Ya Allah terus berjuang di jalan Mu, izinkan aku untuk menunaikan segala amanhku sebelum tiba saatnya aku dijemput pulang.


Sunday, May 16, 2010

Sedihh....kecewa....


Piala Thomas telah berakhir...
China berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-4 berturut2, selepas kejayaan terakhir Indonesia pada tahun 2002
Nyata, China berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah kuasa Badminton terbaik Dunia yg sukar sekali utk diterobosi...

Mengapa saya begitu sedih & kecewa???

Adakah kerana Malaysia gagal menjuarai piala ini setelah 18 tahun menanti...????ada la jgk… tapi sebenarnya saya lagi sedih apabila pemain favourite saya, Taufik Hidayat tumpas di tangan Lin Dan..huhu...mungkin ramai yg akan blame Taufik sebab tak main betul2 pd set yg pertama, saya antara orgnya, tapi setelah saya 'muhasabah' balik..tak patut saya blame dia...Taufik memang mcm tue cara main dia..di awl2, dia nampak tak all out,tapi bla msk 2nd game, dia akan sgt bersungguh...

Taufik sangat lincah di gelanggang...setiap penjuru gelanggang akan digunakannya, dan lawan akan sangat kepenatan utk mengejar bulu tangkis tersebut.
Taufik ada karakter tersendiri...sebab tue juga saya begitu meminati dia!!!!
Dan kebetulan, tarikh lahir kami sama...huhu...

Taufik memang hebat, tapi saya kena akui, Lin Dan lagi HEBAT...
Taufik dalam temu bual selesai habis perlawanan menyifatkan Lin Dan pemain yg cukup perfect:pantas, cekap membaca permainan lawan, mempunyai mental yg kuat & emosi yg sangat stabil...
& tidak hairan bla ramai yg mengtakan, "jika anda ingin bertemu Lin Dan, pastikan anda telah bersedia sepenuhnya dari aspek fizikal, mental & emosi kerana Lin Dan, bukan calang2 orgnya!!!"

Mungkin kali ini adalah aksi terakhir Taufik di kejohanan piala Thomas…
2 tahun lagi, Taufik dah berusia 31 tahu, usia yg agak lewat sebenarnya utk terus beraksi...tapi bak kata Taufik,selagi khidmatnya diperlukan, dia akan terus beraksi...
GO Taufik, saya akan terus menyokong anda!!!!!!



Anyway, syabas & tahniah kepada China...

Tahniah juga kpd pasukan Korea kerana kejayaan merebut Piala Uber


Bilakah agaknya negara Malaysia akan kembali mengjulang piala ini????