Tuesday, July 7, 2009

Konsert!!!!


Tahniah buat GAMIS atas penganjuran konsert ini. Saya memuji usaha murni mereka dalam meletakkan hiburan sebagai salah satu medium dakwah yang paling besar. Tapi satu benda yang menjadi kerisauan saya.....
Konsert ini hanya akan dihadiri oleh 'budak-budak ISlamic'....saya tidak menafikan kehebatan kumpulan2 nasyid nie tapi bla bercakap pasal nasyid, mind setting ramai...nasyid nie utk bdk2 baik je...
Dunia hiburan sekarang sangat pesat membangun....artis2 baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan..cuti ni saya sempat jenguk cket rancangan hiburan kat TV dan saya sangat terkejut....ramai sangat dah nama2 baru. Makin ramai makin kuat persaingan dan semestinya mereka cuba mencari kelainan supaya kehadiran mereka di industri seni disedari...pelbagai jenis genre muzik dihasilkan...saya bukanlah org yg rigid, menolak hiburan tetapi saya berpendirian hiburan itu ada batasnya...dan saya merasakan artis2 perlu ada satu rasa tanggungjawab sosial kepada masyarakat...tolong hasilkan lirik2 lagu yg berkualiti, yg ada mesej kebaikan di dalamnya...tolong tampil dengan imej sopan..sebab anda figure dalam masyarakat...saya hargai kerja keras mereka untuk mencari kelainan, tapi tolong berpadah-padah..

itu fenomena sekarang....

Dalam kemeriahan industri hiburan ini, saya melihat kumpulan2 nasyid tenggelam....lagu2 nasyid baru masih bersifat sterotype, lebih kurang sama je....
kenapa lagu2 nasyid nie kurang diminati remaja?
- alunan muzik terlalu mendayu2, jiwang sangat kata dorang.Saya bukanlah peminat setia lagu2 nasyid, tak update sangat..tapi saya mengimpikan kumpulan nasyid2 ni boleh menghasilkan sesuatu yg lain...ya, yg dapat memikat selera golongan muda-mudi sekarang...
Perlu persaingan!!!!

Utk yg terakhirnya....
1 Ogos nie, jemput ramai2 g Konsert GAMIS...tak suka sangat pun nasyid, tapi saya menyokong penuh usaha ini...mungkin ini langkah pemula kepada kita untuk masuk dalam persaingan industri hiburan sekarang...

Kepada penggerak2konsert...syabas dan tahniah..


"hiburan sebagai medan dakwah"

No comments:

Post a Comment