Thursday, July 9, 2009

terSENYUMLAH




Sebelum berbicara lanjut, saya ingin melahirkan penghargaan kepada diri sendiri….
'TAHNIAH Jumarni, you are now at Phase 3, your real journey as a medical student NOW BEGINS'


“Welcome to a clinical year”





Penghargaan itu sangat penting!!! Dari aspek psikologi, penghargaan yg diberikan memberi impak yg sangat besar ke dalam diri. Mungkin org lain tak menghargai kita, tak pernah puji diri kita, tak pandang pun kerja buat kita!! Takpe la…org tak puji, kita puji diri sendiri…tak de org nak bg ucapan tahniah, ckp tahniah kat diri sendiri. Fitrahnya, kita memang sukakan pujian…dan bagi saya pujian yg diberikan sebenarnya faktor pendesak kepada kita utk melakukan sesuatu dengan baik dan cemerlang!!!!
1st ward round

Banyak benda yang saya pelajari dan ape yg paling memberi kesan adalah ketika berjumpa ngan sorang patient ni. saya kagum ngan beliau, dengan keadaan yg sakit tue, beliau masih mampu terSENYUM.

“Senyum tanda kegembiraan”
Semua orang inginkan kegembiraan-dan hanya satu cara yang dapat mewujudkannya, iaitu mengawal pemikiran anda. Kegembiraan tidak bergantung kepada apa yang anda miliki dan di mana anda berada, tetapi ia adalah apa yang anda fikirkan mengenainya.
Seseorang yang terlantar sakit masih merasai kegembiraan apabila dia sendiri menerima sakit itu sebagai satu ujian dari Allah.

“Senyuman pengubat lara”
Pesakit yang terlantar di katil merasakan sakit mereka hilang seketika tatkala melihat wajah manis dan senyuman mesra seorang doktor yang datang merawat.

“Senyum, satu cara mudah untuk mendapatkan tanggapan yang baik”
Contoh mudah kita sendiri lah, bla tengok orang senyum ngan kita, kita akan rasa baiknya orang nie, peramah, baik hati, dan kita sendiri mesti happy kan..sebab bla orang senyum kat kita, kita akan rasa orang tu gembira dapat bertemu kita, secara tak langsung rasa dihargai itu hadir.
Ape pla tanggapan bila jumpa orang tue dan dia wat muka masam?
Kita rasa tak senang hati …rasa segan … takut nak tegur…rasa meluat…dan hati kecil berbisik “dia nie tak suka kite".
Pesanan wat semua:

Railah pesakit anda dengan senyuman dan usahakanlah supaya sikap peramah itu itu disalurkan melalui jabatan tangan dan sentuhan lembut kita’.


Satu ungkapan pepatah China, yang baik untuk kita fikirkan dan renungi..
“seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah mereka membuka sebuah kedai”
"Hari-hari dai'e terSENYUM"









No comments:

Post a Comment