Monday, December 27, 2010

Tiada tajuk

Saya paling tak suka kalau org tak respon msg saya, lebih2 lagi bla msg itu berbentuk pertanyaan & memerlukan jawapan segera.....

Kalau pun msg itu hanya berbentuk pemberitahuan, saya turut menanti jawapan daripada si penerima w/pun sekadar membalas 'Ok', 'InsyaAllah', 'tak free' atau ape2 sahaja jawapan pendek yang penting saya maklum si penerima telah membacanya.....

Saya sgt menghargai org2 yg jujur dalam memberikan jawapan segera, jawapan penolakan, jawapan tak nak atau lain2 daripada terus menunggu dan akhirnya tiada jawapan....

Dulu, saya antara org yg 'malas' membalas msg, kalau betul2 urgent baru akan dilayan. Kalau sekadar makluman, ramainya tak berbalas.

'Jgn melakukan sesuatu tindakan kepada orang lain di mana anda sendiri tidak suka perkara yang sama dilakukan kepada anda' !!!!!

Saya tak suka org tak bls msg saya, so saya kena membalas setiap msg dari org lain terlebih dahulu.....

Suatu bentuk penghargaan

Benda respon msg nampak macam biasa tapi tanpa sedar, membalas msg merupakan satu bentuk penghargaan kepada si pengirim, & for me also, it reflects the importance of me to that receiver!!!!

Simply speaking, kalau org tak balas msg saya, maksudnya saya tak 'penting' bagi org itu...that's how I feel...

Tiada kredit soal lain....

Ape yang saya fokuskan di sini adalah bagi mereka2 yang ada kredit tapi tak respon mesej saya....

Buka ruang untuk diri difahami

Post saya kali ini nampak sangat berbentuk 'luahan emosi'...Luahan rasa yang tak pernah saya kongsikan dengan siapa2.....

Namun, andai terus bersikap 'tak pe' & tidak memberitahu, diri sendiri juga yang akan sakit hati...

Bagi sesetengah orang, benda ini biasa tapi tidak bagi saya...untuk itu saya postkan di sini, walaupun tiada siapa yang membacanya tapi saya berasa puas hati kerana saya telah membuka ruang untuk diri saya di fahami....

~Sakit rasanya andai diri tidak difahami namun tiada siapa akan dapat memahami diri anda sekiranya diri sendiri tidak membuka ruang untuk diri difahamiv oleh orang lain~
Sekian~
Jumarni Abdurachman
post yang ditulis dengan emosi 'sakit hati'
:(

Saturday, November 13, 2010

Teruskan langkahmu


Terima kasih kepada Yong, sahabat Nursing yang telah memperkenalkan sebuah lagu yang begitu mendalam maksudnya. Ia bukanlah lagu yang terbaru, tetapi sudah sering kedengaran di corong-corong radio tetapi bagi saya yang pertama kali mendengarnya, lagu ini begitu dekat di jiwa saya walaupun baru pertama kali mendengarnya......


Kau tidak seperti dulu,
Yang ku kenali dulu,
Rupa hilang seri,
Manakah manisnya....


Kau tidak seperti dulu,
Yang ku kenali dulu,
Madah tak berlagu,
Manakah girangnya....


Patah hati,
Jangan terdampar sepi,
Jangan tersungkur mati....


Patah hati,
Jangan leburkan mimpi,
Jangan memakan diri.....


Kau tidak seperti dulu,
Yang ku kenali dulu,
Madah tak berlagu,
Manakah girangnya.....


Patah hati,
Jangan terdampar sepi,
Jangan tersungkur mati,


Patah hati,
Jangan leburkan mimpi,
Jangan memakan diri....


Bukankah Tuhan ciptakan alam,
Untuk beradu menanti siang,
Bukankah Tuhan titiskan hujan,
Menanti limpah kemarau panjang....



Dalam hidup ini, siapa yang tidak pernah kecewa????
Siapa yang tidak pernah diduga????


Kadang-kala, ujian yang kita terima itu begitu payah untuk diterima dan sering sahaja mengundang rasa putus-asa, namun berbekalkan kepada keyakinan yang jitu, keazaman yang kuat, & cita-cita yang digenggam erat InsyaAllah, kita mampu untuk menghadapi apa sahaja rintangan yang mendatang.


Jangan sesekali melebur mimipi yang yang ingin kita nikmati hanya kerana kita berasa tewas dengan hidup ini kerana yakinlah, di sebalik semua yang kita lalui, walau sesukar mana perkara itu, secebis harapan masih ada untuk kita bangkit kembali. Apa yang penting, teruskan langkahmu!!!!!

video

Sunday, August 8, 2010

Memory Klang....

Bersama Prof LWS & Dr. Chu
Kelakar kalau ingat balik time posting Paeds. 1 bulan pertama bersama Prof MT Koh & Dr. Yazid (xda gambar) dan bulan seterusnya dgn Prof LWS & Dr. Chu. Ingat lagi time dgn Prof MTK Koh, ktorag tak boleh datang lewat g ward. Lewat dari pkl 8.30 am, tak boleh masuk dah coz pagar kena tutup. Lepas tue Prof akan tunggu betul2 kat depan pagar, so sape2 yg lewat kena hentam la. Bagi sesiapa yg 'cerdik' boleh lepas :)
Paling tak boleh lupa, bila Prof marah ktorg suma depan patient. Fuh, malu gila.....
After sebulan dengan Prof MT Koh, ktorg dapat Prof LWS pla...huhu...sepanjang sebulan, hidup kami tak pernah tenteram, sentiasa dibelenggu dengan ketakutan....Prof LWS ada 'aura' tersendiri. Dia selau buat lawak tapi tak berani nak gelak..hahaha....Namun, ktorg sangat bersyukur dapat dia. Banyak ilmu yang dia bagi. After habis EOP, Prof tb2 'bertukar'. Ktorag sempat mengabadikan kenangan di Pizza Hut.
Di akhirnya, baru saya maksud tersirat di sebalik cara mengajar Prof.
'Work harder from the beginning, then in the end, you'll get the benefit'


Our 1st posting, PCM. Terima kasih atas keramahan kalian


Our last posting; Medicine. Time nie ktorag rilek2 cket sebab Dr baik. Tak kisah la dalam apa jua keadaan sekalipun, Dr akan sentiasa tersenyum :)


Hari nie (09/08) result Final Exam 3A keluar. Pada awalnya result dijangka keluar pukul 9.30 pagi tapi terpaksa dibawa ke pukul 3.30 petang. InsyaAllah, kita semua akan mendapat result yang terbaik. Kalau lulus, Alhamdulilah. Selepas ini kita akan meneruskan pengajian ke phase 3B
pula yang mana kita kan fokus kepada management pesakita. Namun, andai ditakdirkan kita gagal untuk kali ini, tak mengapa. Kita kena menerima hakikat bahawa banyak benda lagi yang kita kena belajar
Klang....

Terlalu banyak yang kita pelajari di sini....
Bermula dari posting PCM sehinggalah posting terakhir Medicine, banyak ilmu yang kita garap bersama.

Terima kasih yang tak terhingga kepada pensyarah2 yang mengajar kami,

Terima kasih juga kepada patient2 yang sedia membantu kami,

Para jururawat2 yang baik hati, walaupun kadang2 merek naik angin sebab tekanan kerja yang banyak, minta maaf sebab selalu bawa lari fail patient,

Terima kasih juga kepada kakak2 dewan makan yang menyediakan makanan buat kami walaupun selalu complain makanan tak sedap,

dan kepada group member & study group, saya banyak belajar dari kalian.














Thursday, July 1, 2010

You just have to believe


Baru sahaja rasanya sibuk2 angkut barang nak pindah Klang, then tanpa sedar sudah hampir setahun berada di sini.Semua posting telah dilalui, tinggal satu posting last yang akan tamat minggu depan & selepas itu, sepenuh masa dan tumpuan akan digunakan untuk persiapan menghadapi Final Exam 3A pada 26/07 nanti.

Sekarang pun semua dah mulakan langkah ke arah persiapan itu. Ada yang stay cool lenggang kankung, ada yang consistent dengan tahap kelajuan yang sederhana & tidak kurang juga yang sudah memulakan pecutan. Terpulang kepada masing-masing utk memilih level speed yang mana kerana hanya kita yang tahu level kekuatan kita di mana.

Sewaktu zaman2 sekolah & matrikulasi, masa sebulan sebelum menghadapi exam dirasakan masih terlalu lama, if buat persiapan last minute pun still boleh score. Menjadi budaya di kalangan kita untuk baca last minute, esok paper exam, malam tue baru baca.Haha….

Tapi tidak lagi ketika bergelar Pelajar Perubatan. Akademik menuntut pengorbanan masa yang tinggi. Tak boleh lagi baca last minute, tak boleh lagi sambil lewa. Masa yang tinggal sebulan ini pun sudah sangat singkat sebenarnya.

Ramai juga yang sudah menunjukkan tanda-tanda stress. Apa taknya, kena cover 3 major posting (surgery, medicine & Paeds) 2 minor posting (PCM & O&G) dan subjek-subjek lain termasuk SPM (Social Preventive Medicine), PPD dan Forensic. Namun ingin saya berpesan kepada diri saya dan juga shbt2 seperjuangan, di kala kita merasa terlalu tertekan, jangan pernah rasa putus –asa kerana ‘Allah is always by our side”.

Di kala menghadapi tekanan yang memuncak, boleh baca & dalami surah Al-Insyira, InsyaAllah akan beroleh ketenangan.

“ Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammmad), dan kami telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu, Maka sesungguhnya bersama keslitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Maka apabila engkau telah selesai dari suatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya Tuhanmulah engkau berharap


Membina kepercayaan diri

Teringat satu lagu yang sering menjadi lagu tema program-program motivasi semasa kat sekolah dulu;

Jika kau fikirkan kau boleh,

Kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan ragu-ragu,

Usahamu tidak menentu,

Percaya apa kau lakukan,

Tabah apa kau usahakan,

Bertindak atas kemampuan,

KAU BOLEH!!!

Monday, May 31, 2010

Tiba saatnya dijemput pulang

Malam ini, Kak Anis berkongsi cerita yang sangat memilukan berkaitan dengan jirannya, Firdaus yang baru sahaja meninggal dunia semalam disebabkan oleh kemalangan jalanraya. Umurnya masih muda, baru berusia 18 tahun dan kemalangan tersebut bukan di lebuh raya or jalan-jalan besar, tapi di sekitar kawasan perumahan. Menurutnya, Firdaus membonceng seorang rakan dan rakannya itu mati di tempat kejadian. Firdaus pula mengalami kecederaan serius. Beliau dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, tapi takdir telah menentukan segalanya. Firdaus menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar pukul 9.30 malam. Ibunya seakan lebih tabah berbanding sang ayah yang menangis kehibaan dan seakan tidak percaya dengan pemergian anaknya. Sang ayah mungkin yang lebih rapat dengan Firdaus, mana tidaknya, minat mereka sama, sering pergi memnacing bersama. Mereka juga sering ke surau bersama. Kehilangan Firdaus yang merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga begitu memberi kesan terhadap ayahnya. Si Ibu mungkin nampak lebih tabah namun pada zahirnya, saya pasti si ibu juga menangis kehibaan, tiada air yang mata bercucuran, tapi pasti hati si ibu lagi kuat rintihannya.


Fikiranku melayang terkenangkan abang yang turut menunggang motosikal. Hati menjadi risau mengenangkan keselamatannya. Dia bukan tidak pernah accident, sudah berkali-kali dan yang terbaru, abang masuk longkang dengan motosikalnya untuk mengelak dari kena langgar dengan kereta. Alhamdulilah, tak cedera parah….abang minta perkara ini dirahsiakan dari mak, bukan apa, kalau mak tahu, mesti abang tak dibenar bawa motor lagi!!!


Hati bertambah gundah mengenangkan ayah di rumah. Baru-baru ini juga, ayah terlibat dengan kemalangan. Teksi yang dibawa merempuh pagar demi mengelak pertembungan dengan kereta lain. Alhamdulilah, ayah tak cedera apa-apa….


Ajal maut di tangan Allah s.w.t. Semuanya telah tertulis, saat dan ketikanya tidak mungkin boleh dianjak walau sesaat. Kematian itu sesuatu yang pasti dan kita semua akan merasainya. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa supaya kita mati dengan cara yang terhormat, mati dalam pengakhiranyang baik. Pengakhiran yang baik InsyaAllah menjamin kehidupan yang baik di akhirat nanti.


Alhamdulilah, ayah, mak, abang, kakak, dengan adik-adik sihat walafiat sekarang.


Alhamdulilah….


Mereka semua adalah orang-orang kesayangan saya, Allah s.w.t masih memanjangkan umur mereka sebagai pinjaman kepada saya untuk mendapatkan cinta dan kasih-sayang. Andai Allah s.w.t menjemput mereka pergi, saya redha sebagai hamba, namun jauh di sudut hati ini, saya mengharapkan mereka semua untuk terus berada di sisi saya sehinggalah saya yang terlebih dahulu menghadapa tuhan Sang Pencipta. Ya Allah, izinkan saya untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa saya, saya ingin menjadi kebanggaan mereka.


Semua manusia akan merasai mati, jadi kenapa harus takut pada kematian?


Tidak perlu takut untuk menghadapi kematian, namun bersediakah kita untuk menghadapinya?


Firdaus dijemput oleh penciptaNya seawal usia 18 tahun. Kita?


Andai kata kita dijemput Allah s.w.t tika dan saat ini, bersediakah kita? Bagaimana dengan amalan yang hendak dibawa sebagai bekalan? Cukupkah bekalan kita untuk mengharungi hari-hari yang tak ada noktah dan penghujungnya di akhirat nanti?


Selamatkah kita di alam kubur nanti? Mampukah kita menikmati ketenangan yang dijanjikan Allah s.w.t di alam kubur sebelum kita semua dibangkitkan kembali untuk dihitung amalannya.


Layakkah kita dengan amalan yang biasa-biasa ini untuk menempah tempat di syurgaNya?


Berbahagialah para sahabat Rasulullah s.a.w, para syuhada dan mereka-mereka yang mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam. Mereka telah mengharungi ujian di dunia dengan jayanya hingga akhirnya mereka telah meraih kemengan yang nyata.


Aku juga ingin menjadi seperti mereka.


Ya Allah, pilihlah aku untuk terus menjadi kuli-kuli Mu, matikan aku Ya Allah dengan pengakhiran yang baik agar akhirnya nanti aku tidak malu untuk menghadap Mu.


Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus. Jalan yang membawa aku untuk meraih cinta dan redhaMu. Izinkan aku Ya Allah terus berjuang di jalan Mu, izinkan aku untuk menunaikan segala amanhku sebelum tiba saatnya aku dijemput pulang.


Sunday, May 16, 2010

Sedihh....kecewa....


Piala Thomas telah berakhir...
China berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-4 berturut2, selepas kejayaan terakhir Indonesia pada tahun 2002
Nyata, China berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah kuasa Badminton terbaik Dunia yg sukar sekali utk diterobosi...

Mengapa saya begitu sedih & kecewa???

Adakah kerana Malaysia gagal menjuarai piala ini setelah 18 tahun menanti...????ada la jgk… tapi sebenarnya saya lagi sedih apabila pemain favourite saya, Taufik Hidayat tumpas di tangan Lin Dan..huhu...mungkin ramai yg akan blame Taufik sebab tak main betul2 pd set yg pertama, saya antara orgnya, tapi setelah saya 'muhasabah' balik..tak patut saya blame dia...Taufik memang mcm tue cara main dia..di awl2, dia nampak tak all out,tapi bla msk 2nd game, dia akan sgt bersungguh...

Taufik sangat lincah di gelanggang...setiap penjuru gelanggang akan digunakannya, dan lawan akan sangat kepenatan utk mengejar bulu tangkis tersebut.
Taufik ada karakter tersendiri...sebab tue juga saya begitu meminati dia!!!!
Dan kebetulan, tarikh lahir kami sama...huhu...

Taufik memang hebat, tapi saya kena akui, Lin Dan lagi HEBAT...
Taufik dalam temu bual selesai habis perlawanan menyifatkan Lin Dan pemain yg cukup perfect:pantas, cekap membaca permainan lawan, mempunyai mental yg kuat & emosi yg sangat stabil...
& tidak hairan bla ramai yg mengtakan, "jika anda ingin bertemu Lin Dan, pastikan anda telah bersedia sepenuhnya dari aspek fizikal, mental & emosi kerana Lin Dan, bukan calang2 orgnya!!!"

Mungkin kali ini adalah aksi terakhir Taufik di kejohanan piala Thomas…
2 tahun lagi, Taufik dah berusia 31 tahu, usia yg agak lewat sebenarnya utk terus beraksi...tapi bak kata Taufik,selagi khidmatnya diperlukan, dia akan terus beraksi...
GO Taufik, saya akan terus menyokong anda!!!!!!



Anyway, syabas & tahniah kepada China...

Tahniah juga kpd pasukan Korea kerana kejayaan merebut Piala Uber


Bilakah agaknya negara Malaysia akan kembali mengjulang piala ini????

Sunday, March 21, 2010

Coretan CRP



Community Residency Programme (CRP) adalah projek elektif WAJIB untuk pelajar-pelajar Perubatan fasa III3A UM. Kalau tahun lepas senior ktorg g Pahang, tahun nie ktorg dicampakkan ke Perak. Ktorg dibahagikan kpd 5 gruoup, setiap group g tmpt lain2. Ada yg g Manjung, Teluk Intan, Tapah, Batu Gajah & utk group aku ktorg g Sri Iskandar. Group Sri Iskandar 'geng' ngan bdk2 Batu Gajah coz ktorg satu tmpt penginapan, kat IKBN. Elektif nie ambil masa 1 bulan. 1st week persediaan: time nie ktorg ni diajar pasal spss, dah pena dah ada kelas spss b4 nie tapi tak taulah, tak ingat lansung...so, aku nekad, utk kali nie, aku mesti fokus..bkn nak riak, tapi aku antara rg yg paling memberi perhatian time En. Rushdi mengajar...cian kat dia, semangat gla dia mengajar tapi bdk2 lain tak endah langsung..suma wat hal msg2..ada yg buka facebook, ada yg tgk movie, ada yg main game...erm...mcm2..

Dalam mgu nie jgk, 3 days before bertolak g Perak, ketua department SPM bg lect kat ktorg...tujuan dia satu, nak bagi ktorg nie semangat g CRP..yela, ramai yg tak nak g CRP nie pd mulanya...

28/02/2010.....
ktorg suma bertolak dari Kampus Klang ke destinasi masing2.For my group, kite akan travel ke Sri Iskandar...


01-04/03/2010
1st 4 days yg sgt memenatkan......
kami skali lg dibahagikan kpd group kecil...dlm group aku, ada ada 10 0rg...ktorg akan 'survey, tahap kesihatan penduduk Kg Teluk Kepayang. 2 rumah pertama masih tahan lagi, tapi bla dah masuk rumah ke-3, suma dah surrender n suma nak rehat...sambung pla sebelah ptg...
tak tahan ngan panas....serius, panas gla...dah tue, ktorg kena pla berjalan kaki ke satu2 rumah.

susah2 dahulu, senang2 kemudian....

setelah berpenat lelah dan berpanas terik sepanjang 1 mgu, kami tidak mensia-siakan masa yg ada di Perak....alang2 dah ada kat cni, better g kita jalan2!!!


Teluk Batik

Tempat nie best...pantainya bersih..airnya jernih & ombaknya pun kuat...kat cni, aku tak melepaskan peluang utk menaiki banana boat..
pengalaman yg sgt berharga, buat pertama kalinya, aku dapat merasa terapung di tengah2 lautan sebab boat yg ktorg naik terbalik di tenga2 lautan, mungkin sebab ringan..ape taknya, boat tue kena muat 9 org..tapi ktorg naik 4 org je...nasib baik ada life jaket, selamatlah jgak...disebabkan ombak yg terlalu kuat, aku ngan kwn sorang lagi jauh terpisah ngan 2 org lgi...
mungkin org lain fikir naik benda nie sja nak seronok2, tapi bg aku tak..bg aku ini satu cabaran...suma org takut nak hadapi cabaran, tapi nak atau tak kita kena hadapi!!!


Then, Air Terjun Chepur


time nie, group Sri Iskandar gabung ngan Group Batu Gajah...
nie bkn kali pertama g air terjun, pernah dah sebelum nie..bezanya kali nie, g ramai2 ngan rakan2 se Batch...
ada 2 tmpt lg yg ktorg g....Jeti Pulau Pangkor n last skali g Gua Tempurung...



Some pictures......

ktorg nie la yg nek boat tue....



kat2 tengah lautan....




Boat terbalik.......



Pemandangan indah Teluk Batik...





My group members: Syahmil, Imran, Tze Ying



Kar, You Lei, Jessica, Suharson, Yani




13 hb....

suma bertolak balik ke KL...
1 mgu berbaki dihabiskan di Klang utk menyiapkan segala report & pembentangan...


CRP telah berlalu....
tiap org pasti ada kenangan yg tersemat abadi sepanjang 1 bulan ini....










Saturday, February 20, 2010

Merealisasikan Hospital Islam


Alhamdulilah, setelah hampir 6 bulan berada di tahun klinikal, saya dah mula sebati dan rasa seronok dgn life di sini.Kami Pelajar Tahun 3 Fakulti Perubatan UM dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk satu tahun bagi pendedahan awal fasa klinikal. Masa sangat cepat berlalu, baru sahaja rasanya kami semua sibuk mengemas dan mengangkut barang2 waktu pindah ke sini, sedar tak sedar, sudah 6 bulan saya menimba ilmu di sini. Ilmu yg terlalu banyak, bermula dari ward round bersama pensyrah, mendengar presentation kwn2, presentation long case dan short case. Tidak lupa juga kepada patient2 yg pernah saya clerk dan examine, mereka semua banyak memberi pengajaran kepada saya. Seorang patient China Muslim, saya rasa dia seorang muallaf. Saya berjumpa dengannya sehari sebelum saya exam short case posting Medicine. Saya practice examine lower limb memandangkan dia ada semua signs upper motor neurone lesion. Wajahnya sangat tenang. Walaupun ramai student yang dah practice kat dia, dia still bagi kebenaran kat saya. Di akhir examination, saya sempat berbual2 dgn dia sekejap.. Dia sempat member kata2 semangat kepada saya,

“ kita orang Islam mesti jadi yg terbaik!!!!”.

Kata2nya sangat bermakna, dan kata2 itulah yang saya pegang untuk menghadapi exam keesokan harinya.

Setiap apa yg Allah jadikan pasti ada tujuan…
Dan aku tidak diciptakan untuk menjadi insan yang biasa-biasa…..
Ada amanah yang perlu aku langsaikan sebagai seorang pelajar Perubatan dan Pengamal Perubatan InsyaAllah…
Jika sahabat2 yg lain berjuang di medan politik sebagai satu wadah untuk membina daulah….
Saya akan turut berjuang di medan saya!!!!


Kebelakangan ini, usrah kami rancak membincangkan tentang ‘Hospital Islam. Apabila bercakap tentang ‘Hospital Islam’ apa yang terlintas di fikiran kita????
Saya tidak pasti sejauh mana ‘Hospital Islam’ yang sepatutnya, tetapi apabila bercakap tentang komponen Hospital ,it consists all the following:

Hospital Framework:
  • Structure
  • People
  • Work Process
  • Technology

Semestinya, apabila hendak mengimplemenkan konsep ‘ Hospital Islam’, kesemua komponen2 di atas perlu di’Islamkan’. Bermula dari struktur, samada struktur dari aspek fizikal atau yang bersifat pengurusan . Ini termasuklah organisasi, pengurusan kewangan dan perancangan pembangunan hospital.
‘Hospital Islam’ memerlukan staf2 yang dedikasi dan amanah dengan kerjanya. Kita memerlukan golongan doktor yang sentiasa memberikan rawatan terbaik kepada pesakitnya, bersifat telus dan sentiasa khlas menjalankan kewajipannya. Kita juga memerlukan golongan jururawat yang sentiasa membantu pesakit yang kesusahan. Bukanlah bermakna ‘Hospital Islam’ semua kakitangannya Islam, tetapi apa yang lebih penting adalah keikhlasan dalam melakukan kerja.
Secara jujurnya, di Malaysia, tiada satu pun government hospital yang boleh kita banggakan sebagai ‘Hospital Islam’. Mungkin ada certain hospital yang menyediakan surau di setiap tingkat untuk kemudahan pesakit dan pelawat, tapi cukupkah sekadar itu?
Yang ada sekarang hanyalah hospital2 private, contonhya: Hospital Az-Zahra, Hospital An-Nur dan Gombak Medical Centre. Mungkin hospital2 Islam private akan bertambah lagi tapi hanya segelintir sahaja yang dapat menikmatinya, iaitu golongan yang berkemampuan. Bagaimana pula dengan mereka2 yang tidak mampu?


Jawapannya mudah…..
Kita perlu ‘mengislamkam ‘ Hospital-hospital kerajaan.Satu cita-cita yang besar tetapi tidak mustahil andai kita bermula sekarang. Bermula saat ini, kita perlu menyebarluaskan idea ‘Hospital Islam’ kepada semua. Our main target now, pelajar-pelar perubatan. Kita berharap, apabila mereka graduate nanti, mereka pula yang membawa idea ini ke tempat masing2.
Pada peringkat sekarang, perbincangan kita mengenai “Hospital Islam” hanya berlegar2 di sekitar usrah tetapi insyaAllah, kita cuba sebarkan kepada kawan2sekeliling kita and futher step, kita akan gunakan platform persatuan untuk kita bergerak lebih laju. This is what we call “circle of influence”.