Sunday, April 3, 2011

Cinta & perkahwinan




Berbicara pasal cinta~
Apa yang ingin dibicarakan???
Hahaha....entah, tiba2 terdetik untuk menulis mengenainya

Cinta & Perkahwinan

Alhamdulilah, dalam beberapa bulan kebelangan ini, ramai betul kawan yang kahwin & paling latest perkahwinan junior saya, berkahwin ketika masih lagi menuntut di Tahun 2. Perkahwinannya mencetuskan 'revolusi'!!!!

Kelebihan berkahwin ketika belajar; ramai rakan satu Batch yang akan datang menghadiri majlis :)

" wah, seronoknya kahwin"
"Nak kahwin juga la lepas nie"
"harap-harap aku pula la yang kahwin lepas nie"

Di atas merupakan antara dialog-dialog yang saya dengar ketika menghadiri majlis kahwin baru-baru ini. Hahaha.....tergelak sendiri, dalam hati " hai budak-budak nie, excited gila".

Hmm.....bagi mereka-mereka yang sudah ada pasangan, mulalah bermimipi di siang hari.Tersengih-sengih sendiri, mencipta dunia sendiri, membiarkan angan-angan menguasai diri, membayangkan dia dan pasangan dalam majlis kahwin mereka nanti :)

Tujuan perkahwinan

Kenapa perlu berkahwin???

Bagi mereka-mereka yang sedang 'hangat' bercinta, soalan ini sangat mudah buat mereka. Pastinya, akan menjawab "kerana ingin bersama dengan orang yang dicintai dalam satu ikatan yang sah" atau mungkin juga "kerana ingin menikmati cinta"

Seandainya 'CINTA' menjadi sebab utama perkahwinan, kenapa ramai orang yang dahulunya bercinta akhirnya tewas juga dalam bahtera rumah tangga???
Bercinta hampir 10 tahun, tetapi perkahwinan hanya bertahan 2 tahun!!!
Kenapa???

Salahkah bercinta?

Soalan yang tak perlu untuk dijawab kerana kalau dikatakan salah, tetap juga ada yang akan membenarkannya. Kalau dikatakan tidak salah, pasti akan mengundang padah.

Daripada membicarakan topik 'salahkah bercinta' lebih baik sekiranya kita menjawab persoalan "Kenapa perlu bercinta" atau "Kenapa hendak bercinta"

Kenapa perlu bercinta???
Kenapa hendak bercinta???

3 comments:

  1. cinta hakikatnya adalah fitrah manusia... tinggal kita sahaja yang bertanggungjawab untuk meletakkan di mana cinta kita sebenarnya... hakikatnya Cinta untuk Allah yang paling utama... dahulukan dengan cinta Allah dan rasul... pasti Allah akan beri cinta ulama' dan seterusnya x mustahil mendapat cinta manusia.... tepuk dada tanya iman!!!

    ReplyDelete
  2. amboi...bila jumarni berbicara tentang cinta =)

    ReplyDelete