Saturday, April 16, 2011

Aku ingin pulang dengan jiwa kental seorang dai'e!!!





Terlalu pantas masa berlalu~

Sekarang aku sudah di tahun akhir pengajian, InsyaAllah, jika di-izinkan Allah,aku akan bergraduasi pada 2012, dan ketika itu, aku sudah bergelar Dr. Jumarni Bt Abdurachman.

Ya Allah, semoga Engkau mengizinkan aku untuk tiba ke saat itu. Terlalu besar harapan kedua ibu bapaku, dan lebih besar lagi harapan ummat ku.

Aku berjanji pada diri sendiri, aku tidak akan hanya pulang dengan segulung ijazah yang membawa gelaran Dr, tetapi aku berjanji akan pulang dengan jiwa yang kental sebagai seorang dai'e.

UM pastinya akan meninggalkan memori yang sangat indah buatku kerana di sinilah, aku mengenal siapa diriku dan apa tujuan hidupku. Aku menjejakkan kaki ke UM sebagai orang yang biasa-biasa, baru mengenal apa itu usrah, baru mengenal apa itu tarbiyah.
Terima kasih Ya Allah kerana memilih aku, kerana bila aku teliti kembali perjalanan hidupku sebelum ini, sesungguhnya aku sangat tidak layak untuk bersama dalam saff barisan untuk memperjuangkan agamamu.

Semoga Engkau akan terus memilih hamba-MU yang kerdil ini untuk terus istiqamah dalam perjuangan kerana aku insaf, TANPA ISLAM dan PERJUANGAN, aku tiada apa-apa yang boleh dipersembahkan kepada-MU di akhirat nanti.





Aku ingin pulang dengan jiwa kental seorang dai'e!!!!

Setelah 5 tahun meninggalkan negeri sendiri, sudah menjadi TANGGUNGJAWAB aku untuk kembali berkhidmat di negeri sendiri.

Ketika di Tahun 3 dahulu, aku sudah menetapkan jalan yang ingin aku pilih. Perancangan untuk 10 tahun akan datang sudah aku catatkan dalam sekeping kertas ' Life Pathway'. Bila aku semak kembali apa yang telah dicatatkan, InsyaAllah perancangan itu akan diteruskan tetapi ada beberapa perkara yang perlu pertimbangan semula.

Hati ini telah nekad untuk balik berkhidmat di Sabah!!!
Mungkin pada pandangan orang, menjadi pilihan biasa untuk balik ke negeri sendiri, dekat dengan family dan sebagainya. Tetapi, tidak bagi aku. Banyak pertimbangan yang aku buat sebelum membuat keputusan.

Apa pertimbangannya???

Kadang-kadang aku berasa takut, mampukah aku seorang ini tanpa teman-teman seperjuangan di kampus? Kalau aku jatuh, kena bangun sendiri. Kalau aku kecewa, kena rawat luka sendiri. Segalanya di tangan aku, kalau aku berada di sini at least ada teman-teman yang boleh menaikkan semangat ini kembali, ada teman yang setia untuk ke program bersama, ada teman untuk berkongsi fikiran.

Dan melihat juga kepada situasi, negeriku jauh berbeza dengan semenanjung. Di sini, medium dakwah terbuka luas. Medium untuk memahami Islam juga terbuka luas. Setiap saat ada sahaja progam@ talk yang dianjurkan. Usrah juga bukan sesuatu yang asing. Setiap hari, setiap minggu, aku berpeluang untuk top-up diri.
Tetapi, bila aku kembali ke negeri sendiri, semua ini tidak ada lagi. Aku betul-betul kena ber'diri' sendiri. Mampukah aku??

Bila memikirkan kembali pertimbangan-pertimbangan di atas, pernah terdetik di hati bahawa aku ingin kekal di sini, supaya diri ini ter'jaga'. Tetapi aku tidak boleh mementingkan diri sendiri!!!

Sabah sangat menuntut kepulangan pelajar-pelajarnya untuk kembali berkhidmat di negeri sendiri. Semoga dengan ilmu yang dibawa, Sabah mampu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik!!!

Semoga sinar Islam akan menyinari negeri Sabah :)


InsyaAllah~

Aku ingin menjadi manusia biasa-biasa yang punya agenda luar biasa!!!



p/s: post kali ini lebih kepada peringatan buat diri ini yang pada ketika ini begitu berkobar-kobar semangatnya. Aku ingin menjadikannya sebuah catatan supaya andai ketika diri ini rebah dan berasa putus-asa, catatan ini mampu mengingatkan aku kembali bahawa aku punya agenda!!!

1 comment:

  1. percaya atau tidak, aku sebak membaca tulisanmu.
    aku percaya kau mampu mar! semoga kau berjaya dan doakan aku dan rakan2 yg lain juga. wpn mungkin lambat, tp aku juga nak berjaya seperti kalian.
    (hehe...ikot stail ko buat ayat..formal gitu ye)

    ReplyDelete