Monday, June 8, 2009

Aku semakin mengerti..

Mengimbas kembali kenangan masa silam sangat memeritkan hati.Banyak benda yang diuji.Bermula dari zaman sekolan rendah, kemudian zaman sekolah menengah, kehidupan Matrikulasi dan akhirnya melalui alam Universiti. Ada peristiwa yang mengundang rasa putus asa, rasa benci, dan sakit hati.

Kehidupan bukanlah satu warna sahaja, tapi turut dihiasi dengan warna-warna pelangi ( erm…ni analogi sendiri), nak menggambarkan kehidupan hidup ini turut diserikan denganperistiwa2 yang mencuit hati.

Sekolah Menegah Kebangsaan Tawau 2

Teringat lagi, bla dikhabarkan dapat masuk sek ni, saya menangis, bukan kerana gembira, tapi sedih. Sekolah nie paling saya nak elakkan, tapi ni yang saya dapat. Sekolah nie tak lawa, tak famous, sek menumpang, kelengkapan tak cukup, pelajar pla nakal2!!!

Sedih….nape tak dpt sek yg best?

Dalam keterpaksaan, daftar gak masuk.

Hari berganti hari, saya semakin suka sek ni.

Ye, kami tak cukup kelengkapan,makmal sains pun xda..eksperimen tak pernah wat.Tapi, saya terharu dengan semangat guru2nya.Dengan segala kekurangan, mereka tetap tekun mengajar. Saya terharu, dan ini mendesak saya utk rajin belajar, tak sampai hati nak hampakan harapan mereka. Alhamdulilah, untuk pertama kalinya, PMR 2003 ada pelajar memperoleh 8A dan itu saya.

Universiti Malaya

“Mak, saya masuk UM”.

Saya nampak mak menangis.

Saya turut menangis.

Ya, ini adalah pengembaraan saya. Pertama kali meninggalkan bumi Sabah.

Kenapa saya dicampakkan jauh ke sini????

Saya dah bertemu jawapan .

Di sini, saya lebih memahami matlamat hidup sebenar . Ya, mmg bercita-cita utk menjadi seorang doktor ,tapi bagi seorang muslim, cita2nya perlu lebih jauh dari itu.

‘Perubatan sebagai medium dakwah’. Ini perlu kita faham. Kitalah mata rantai yg perlu meneruskan kelangsungan dakwah nabi Muhammad s.a.w .

Allah yang lebih Tahu

I asked for strength,

And Allah gave me difficulties to make me strong….

I asked for wisdom,

And Allah gave me problem to solve…

I asked for prosperity,

And Allah gave me a brain and Brawn to work…

I asked for courage,

And Allah gave obstacles to overcome…

I asked for Love,

And Allah gave me troubled people to solve…

I asked for favors,

And Allah gave me opportunities…

“I received NOTHING I wanted, BUT, I received everything I NEEDED”

Allah s.w.t adalah Pencipta, dan kita hanyalah makhluk ciptaan-Nya, dan sudah pasti sebagai Pencipta, Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

“ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Al-Baqarah: ayat 216]

Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi!!!

Tiada istilah 'kebetulan'

kini,

“Aku Semakin Mengerti”

No comments:

Post a Comment