Thursday, May 26, 2011

Persahabatan~

Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya, " Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah s.w.t. menurunkan ketenangan kepadanya Muhammad dan membantu dengan bala tentera (malaikat-malaikat) yang tidak terlihat oleh mu, dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

(At-Taubah:40)

Kisah Rasulullah s.a.w bersama sahabatnya, Saidina Abu Bakar di abadikan dalam Al-Quran.

Salam sejahtera ke atas mu wahai sahabat nabi, sahabat sejati nabi.

Sahabat yang sanggup berkorban jiwa dan harta untuk sahabatnya.

Ketika mana Beliau bersama Rasullullah s.a.w sepanjang perjalanan hijrah, beliau tidak risau akan keselamatan dirinya, tetapi lebih peduli akan keselamatan sahabatnya. Sekejap-sekejap, dia berjalan di belakang Rasullullah, sekejap-sekejap berada di hadapan Rasulullah, kadang-kadang di sebelah kiri nabi dan terkadang juga di sebelah kanan nabi. Tidak tentu hala, sampai nabi menegurnya.

Abu Bakar, orang yang paling rapat dengan nabi. Orang yang sentiasa berada di sisi nabi sehinggalah kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. Dia setia di samping nabi dalam mengharungi segala cabaran sepanjang penyebaran Islam.

Rasulullah s.a.w ada Saidina Abu bakar sebagai sahabatnya~

Kita ada siapa???

Sahabat yang benar-benar sahabat~

Nilai sebuah persahabatan

Dalam hidup ini, Allah sentiasa menghadirkan insan-insan yang istimewa buat kita, insan yang bernama sahabat.

Begitu juga dengan diri ini, Allah menghadirkan ramai insan-insan istimewa dalam hidupku.

Ketika di matrikulasi, Allah menemukan aku dengan seorang teman yang istimewa. Istimewanya dia kerana dia begitu mengenaliku. Begitu mengenali keluargaku. Begitu maklum dengan segala masalahku. Dengan karakterku yang begitu susah untuk berkongsi masalah, Allah hadirkan dia untukku. Allah tahu, aku tidak mampu untuk menghadapinya sendiri, tidak mampu juga untuk memendam segala rasa yang ada. Allah hadirkan dia. Mengenalinya, Allah mengajar aku makna sebuah persahabatan.

Dia jauh denganku, dan betapa kasihnya Allah padaku, Allah hadirkan lagi beberapa insan istimewa dalam hidupku yang dekat denganku.


Abu Bakar sahabat yang sangat mulia, menjadi sahabat kepada orang yang sangat mulia.

Masih wujudkah sahabat sepertinya????

Mungkin ada, mungkin juga tiada tapi berusahalah untuk menjadi sahabat sepertinya.

Jadilah sahabat yang benar-benar sahabat kepada sahabat kita.

Sering diungkapkan, sahabat itu orang yang sentiasa ada bersama kita di kala senang dan susah. Namun bagiku, aku cukup gembira untuk berkongsi kegembiraan bersama namun aku lagi bahagia andai aku menjadi tempat buatnya berkongsi segala duka kerana ketika gembira, pasti ramai yang ingin bersamanya namun ketika susah, ramai yang akan mengundur diri, membiarkannya sendiri dan ketika itu, kita sebagai sahabat yang mungkin dilupa olehnya ketika senang hadir untuk menghulur bantuan. Itulah nilai sebuah persahabatn yang dapat aku berikan~


1 comment:

  1. InsyAllah..Dik, ingatlah bahawa Keikhlasan dan Ketulusan itu Biasanya muncul dri orang-orang yg tidak punya apa-apa Kepentingan..mereka cuma memberi 100% tanpa kurang,tidak salah rasa sayang dan kasih pada sahabt, malah itulah yang dituntut..Namun, biarlah tinggal sedikit utk diri sebagai penawar sirna hari mendatang..Janganlah Risau akan Pemberian kita tanpa balasan manusia..sebaliknya kita perlu risau jika kita melalaikan begitu byk Nikmat Tuhan..Moga Kehidupan mu penuh dengan rahmat dan kasih sayang dik, akak doakan..Sayang Marni..=)

    ReplyDelete